Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun
begitu,pada masa ini,di negara-negara membangun atau negara sedang membangun ,
masalah pencemaran air masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan.
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan
dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan
pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di
laut , pantai dan lain-lain tempat berair.
Antara punca berlaku pencemaran air ialah
kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai
untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai
berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai
tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan
laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang
Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat
apabila sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga
mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan
minyak adalah antara bukti nyata. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut
atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar.